Hai! Saya Isyah Tajul.
Saya ialah seorang penulis bebas. Sebagai permulaan, saya ialah seorang blogger yang telah menulis blog sejak Disember tahun 2013. Pada waktu itu, saya menggunakan perkhidmatan penerbitan blog percuma milik Google; Blogger.
Sebelum saya ada cipta blog pertama saya, saya menulis cerpen dalam buku nota dan berikan kepada kawan-kawan sekelas untuk dibaca. Saya suka lihat mereka membaca karya penulisan saya.
Pada September 2017, saya mencipta akaun Wattpad dan menulis cereka peminat untuk siri yang popular dalam kalangan rakan-rakan saya.
Saya mula mengambil serius dengan bidang penulisan pada tahun 2025 di mana saya mula menulis ‘Apa Jua Untuk Dia’, manuskrip pertama saya yang ditolak oleh penerbit kegemaran saya. Walau bagaimanapun, penolakan mereka tidak mematahkan semangat saya. Saya menulis manuskrip kedua saya iaitu ‘Teman Lelaki Ideal’ yang pada saat ini masih dalam proses draf. Dalam masa yang sama, saya telah menerbitkan web novel/siri web pertama saya; ‘Segara Laila’, di laman web ini dan di Wattpad dengan harapan ia mendapat sambutan dari pembaca.